Sunday, 20 March 2016

Sains Teknologi & Kejuruteraan (Bab Satu)

KONSEP ASAS ISLAM

PENGENALAN
·   Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat.
·   Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang.

Akidah islam ialah merujuk kepada keimanan yang teguh dan pasti kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala kewajipan , mentauhidkan-Nya dan taat kepada semua perinta-Nya, para malaikat-Nya, para rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, hari akhirat, takdir baik dan buruk serta mengimani seluruh apa yang sahih tentang prinsip-prinsip agama atau Usuluddin, perkara-perkara yang ghaib, beriman kepada apa yang menjadi ijma’ salafussoleh, serta seluruh berita-berita yang pasti baik seara ilmiah atau secara amaliah yang telah ditetapkan menurut al-Quran dan al-Sunnah yang sahih serta ijma’ para ulama.

KONSEP ISLAM
            Islam dari egi bahasa ialah sejahtera, suci, aman, taat, dan berserah diri. Manakala dari segi istilah ialah patuh, tunduk,dan menyerah diri kepada Allah SWT dengan ikhlas bagi memperoleh kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia atau di akhirat.  (Haider Ahmad Fazli, 2012)

            Islam merupakan cara hidup serta system yang melengkapi semua kegiatan manusia.


            Islam juga terangkum di atas paksi akidah, syariah dan akhlak. Akidah merupakan perkara asas dan dasar kepada islam iaitu kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah SWT sebagai rabb dan llah Yang Maha Esa manakala Muhammad SAW adalah Rasulnya. Manakala syariah berbentuk undang-undang , hukum hakam ketentuan Allah untuk dilaksanakan bagi menjamin kemaslahatan umat manusia yang meliputi pelbagai aspek kehidupan serti ibadah , ekonomi , politik , jenayah , siasah dan muamalah. Akhlak pula , berkaitan denga tingkahlaku dan perbuatan manusia di atas muka bumi ini sama ada berakhlak mahmudah(terpuji) seperti sabra ataupun mazmumah(tercela) riya’ dan berdusta.

Setiap manusia hendaklah berpegang teguh dengan agama islam kerana ia sahaja agama yang benar dan diredaih Allah SWT.

RUKUN ISLAM
1)    Mengucap 2 kalimah syahadah
2)    Mendirikan solat 5 waktu
3)    Berpuasa pada bulan Ramadhan
4)    Mengeluarkan Zakat
5)    Mengerjakan Haji Bagi Yang Mampu

KONSEP IMAN
            Iman bererti mempercayai dan menerima. Iman letaknya di hati, disokong dengan pengakuan melalui lidah dan buktikan dengan perbuatan & amal.

“Membenarkan dengan hati, mengaku dengan lidah dan melakukan amalan dengan anggota”

Selain itu, Menurut pendapat jumhur ulama’ iman itu bertambah dan berkurang. Antara contoh perkara yang menjadikan iman bertambah dan berkurang adalah:

TAMBAH IMAN
1)    Solat Sunat
2)    Bersedekah
3)    Jujur
4)    Amanah
5)    Membaca Al-Quran
6)    Berzikir

KURANG IMAN
1)    Mengumpat
2)    Mencuri
3)    Membuka Aurat
4)    Berdusta
5)    Menonton Video Lucah
6)    Berjudi


PUNCA MENGURANGKAN IMAN
·        Menjadi hambah hawa nafsuh.
·        Tidak beriman dengan sepenuhnya kepada Allah dan Rasul-Nya.
·        Tidak mengawal pacaindera daripada perkara Maksiat & kemungkaran
·        Bersukaria & berhibur denga hiburan yang melalaikan & tidak membawah faedah
·        Sibuk mengejar keduniaan & kemewahan dunia sehingga lalai terhadap kewajipannya.
IMPLIKASI IMAN YANG LEMAH
·        Maksiat & kemungkaran berlaku secara berleluasa seperti berzina.
·        Masa;ah social semakin meningkat & sukar dikawal.
·        Berasa malas dan berat untuk melakukan amal ibadah.
·        Mudah terpengaruh dengan ajaran sesat yang memesongkan akidah umat islam.
·        Berlaku pepecahan di kalangan umat islam serta berlakunya keretakan rumahtangga akibat lemahnya iaman di dalam diri.

     KONSEP IHSAN
Ihsan dari segi bahasa bermaksud membuat sesuatu yng baik. Manakala dari segi syarak bermaksud peribadatan insan terhadap Allah SWT seolah-olah dia melihat Allah. Seandainya dia tidak melihat Allah , maka yakinlah bahawa Allah SWT melihat dirinya, peribadatannya & dan mengetahui isi hatinya.

HUBUNGAN ANTARA IMAN, ISLAM DAN IHSAN.
·        Syariah dan aqidah laksana hubungan batang pokok dan akarnya. Sebagaimana pohon kayu tak dapat tumbuh tanpa akar, demikian pula mustahil bagi seseorang yang tidak memiliki aqidah atau iman untuk memulakan dirinya menjadi seorang muslim.

HURAIAN RUKUN ISLAM
-Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Umar Ibni Al-Khattab RA bahawa di dalam pertemuan malaikat Jibril dengan Rasulullah SAW di dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW , maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah yang bermaksud:
Jibril telah berkata kepada Rasulullah kamu terangkan kepadaku mengenai iman, maka jawab rasulullah:  iman itu ialah bahawa kamu beriman kepada Allah , kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman bahawa habuan dan peruntukkan bagi kamu yang baik atau buruk adalah semua daripada Allah. Maka jibril pun berkata: kamu telah berkata benar.”


Berdasarkan hadith di atas dapatlah disimpulkan bahawa RUKUN IMAN ada 6 pekara iaitu:

                            1)  Beriman kepada Allah
2)    Beriman kepada malaikat
3)    Beriman kepada kitab-kitab Allah
4)    Beriman kepada rasulNya
5)    Beriman kepada hari Akhirat
   6)    Beriman kepada Qada’ dan Qadar

Beriman  kepada Allah SWT ialah mengetahui, percaya dan berikhtikad dengan perkara-perkara wajib, perkara mustahil dan perkara harus bagi Allah Ta’ala.

Beriman kepada Allah S.W.T juga bermaksud:
A)Membenarkan dengan yakin  akan adanya Allah S.W.T.
B)Membenarkan dengan yakin akan keesaan Allah S.W.T baik dalam pebuatanNya     menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam meneriman ibadat sesetiap makhluk.
C)Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan ,suci juga dari menyerupai segala yang baharu.

2) BERIMAN KEPADA MALAIKAT:
Malaikat adalah sejenis makhluk yang tidak boleh dilihat, bukan lelaki dan bukanperempuan.Bilanganya tidak diketahui Malaikat adalah makhluk yang taat kepadaperintah Allah dan tidak pernah menderhakainya. Malaikat dijadikan daripada  cahaya (nur) .

Beriman kepada malaikat bermaksud menyakini secara pasti bahawa mempunyai malaikat yang diciptakan dari nur (cahaya), tidak pernah menderhakai apa yang diperintakan kepada mereka dan mengerjakan setiap apa yang diperintahkan oleh    kepada mereka.

Di antara nama2 MALAIKAT dan TUGAS-TUGASNYA.
Malaikat
Tugas-tugsanya
Jibril
Menyampaikan wahyu dan perintah Allah S.W.T
Mikail
Mengawal cakerawala termasuk matahari ,bulan,bintang-bintang,keadaan hujan dan panas dan yang lain mengikut kehendak Allah S.W.T
Izrail
Mengambil nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai waktu yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.
Israfil
Meniup serunai sangkalala apabila tiba masanya.
Raqib
Mencatat amalan baik yang dilakukan oleh manusia
Atid
Mencatat amalan jahat yang dilakukan oleh manusia
Mungkar
Menyoal manusia di dalam kubur
Nakir
Menyoal manusia dalam kubur
Malik Ridwan
Menjaga pintu SYURGA
Malik Zabaniah
Menjaga pintu NERAKA


Hikmah beriman kepada Malaikat :
1. Apabila seseorang itu menyedari dia sentiasa diawasi oleh malaikat maka dia akan sentiasa menjaga tingkah laku, sentiasa berlakuan baik, menjaga tutur katanya walau di mana dia berada.
2. Jika seseorang terlanjur melakukan kesalahan dan kesilapan, dia akan segera insaf dan bertaubat serta tidak akn mengulangi lagi kesalahan tersebut kerana dia menyedari setiap kata tuturnya akan dicatat oleh Malaikat Raqib and Atid.

3) BERIMAN KEPADA KITAB
Orang2 Islam wajib percaya bahawa ALLAH S.W.T telah menurunkan beberapa buah kitab kepada rasul-rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-ajaran mengenai amal ibadat untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk  memperbaiki kehidupan manusia di dunia.

Kitab-kitab yang diturunkan oleh ALLAH yang wajib diketahui oleh setiap manusia Islam ialah :
ZABUR
TAUBAT
INJIL
AL-QURAN
-> Nabi Daud
->Bahadsa Qibti
-> Nabi Musa
->Bahasa ‘Ibrani
->Nabi Isa
->Bahasa Suryani
->Nabi Muhammad
->Bahasa Arab

Al-Quran merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh ALLAH S.W.T  dan penutup  kepada segala kitab-kitab yang terdahulu.

4) BERIMAN KEPADA RASUL
Seseorang Islam diwajibkan beriman kepada ALLAH S.W.T  telah mengutuskan beberapa orang rasul yang dipilihNya daripada manusia yang cukup   sempurna .Meraka menerima wahyu yang mengandugi hukum-hukum syarak untuk   mengajar dan membimbing manusia kepada kehidupan yang membawa kebahagian        di dunia dan di akhirat.

Rasul dari segi bahasa ialah utusan yang menyampaikan sesuatu perutusan seorang             kepada orang lain.
Terdapat 25 orang rasul yang wajib diketahui iaitu :

Adam
Idris
Nuh
Hud
Salleh
Ibrahim
Lut
Ismail
Ishak
Yaakub
Yusuff
Ayub
Syuib
Musa
Harun
Zulkifli
Daud
Sulaiman
Ilyas
Iliasa’
Yunus
Zakaria
Yahya
Isa
Muhammad

Daripada 25 orang rasul ini terdapat 5 orang rasul yang digelar rasul Ulul-Azmi iaitu  Nabi Ibrahim, Nabi nuh, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad.




Sifat-sifat wajib bagi Rasul ada empat iaitu :
-> ‘Siddiq’ ertinya Benar.
-> ’Amanah’ ertinya Dipercayai.
-> ’Tabligh’ ertinya Menyampaikan.
-> ‘Fathonah’ ertinya Bijaksana.

5) BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT.
Beriman kepada hari akhirat merupakan masalah yang paling berat dari segala             macam akidah dan kepercayaan manusia.
Beriman kepada kepada hari akhirat akan membawa mausia keapda keyakinan             adanya kehidupan duniawi dan penciptaan manusia.       


Beriman kepada Hari Akhirat terbahagi kepada 5 fasa:
1) TAHAP KEHANCURAN SEMUA MAKHLUK YANG ADA DI MUKA BUMI INI.
2) HARI KEBANGKITAN.
3) SELURUH AMAL PERBUATAN DI DUNIA DAHULU AKAN DIPERLIHATKAN.
4) HARI HISAB.
5) HARI KEPUTUSAN.

6)BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR
Beriman kepada Qada’ dan Qadar adalah rukun iman yang keenam. Qadar             bermaksud suatu ketetapan dan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T ke atas semua makhluknya dan segala peristiwa yang berlaku padanya sejak azali lagi.             Manakala Qada’ pula memberi erti perlaksaan mengikut apa yang ditetapkan sejak azali .Berdasarkan kepada pengertian tersebut jelaslah bahawa qadar itu mendahului qada’ dan bukan qada’ mendahului qadar.

MENJELASKAN KONSEP SYARIAH
Dalam islam, peraturan hidup ini dinamakan syariah yang meliputi peraturan hidup individu, masyarakat dan Negara. Malah, peraturan ini mencukupi semua bidang kehidupan manusia seperti upacara keagamaan , moral, keluarga, social, ekonomi, kewarganegaraan,system kehakiman, undang-undang perang serta perdamaian dan hubungan antarabangsa.

KONSEP SYARIAH
Secara etimologi, syariah bermaksud pandangan dan jalan yang lurus. Ia juga berkongsi kata dasar dengan perkataan syur at al-ma’ yang bererti tmpt kluar air yang digunakan untuk minum.



Dari segi istilah, syariah secara umumnya bermaksud segala perintah yang diwahyukan oleh Allah SWT ke atas manusia dari segi akidah, amaliyyah dan akhlak. Namun, dalam pengertian yang khusus, syariah merujuk kepada amalan dan aktiviti zahir manusia. Syariah tidak melibatkan aspek akidah kerana akidah merujuk kepada pengangan dan kepercayaan hati manusia, manakala akhlak pula lebih merujuk kepada urusan pembersihan hati dan jiwa manusia.


PENGERTIAN DAN RUANG LINGKUP IBADAH
Perkataan ibadat yang datang dari perkataan arab.Dari segi bahasa bererti: patuh,taat,tunduk,menyembah dan perhambakan diri kepada sesuatu .
Dari segi istilah agama: ibadat bererti tindakan menurut dan mengikaat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah SWT dan diseru oleh para Rasul , sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.

Di antara ayat perintah beribadat ,contohnya sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dirikanlah sembahyang serta berikan zakat(An-Nisa’ : 77)

Sementara itu anyak terda[at ayat al-Quran dan al hadis yang mewajibkan supaya beribadat. Di antaranya:
Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”. (Az-Zaariyat : 56)

Firman Allah SWT lagi:

  Maksudnya:
“Wahai sekalian manusia beribadahlah kepada tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa” (Al-Baqarah : 21)



Daripada ayat di atas boleh dibuat kesimpulan berikut:
·        Allah SWT menciptakan umat manusia dan memerintahkan mereka supaya melakukan ibadat serta mengunjung perintahNya dan meninggalkan segala larangan-larangNya.
·        Tujuan sebenar Allah SWT menciptakan manusia ialah untk beribadat . Manusia diwajibkan beribat kepada Allah SWT serta mengemukakan ibadah-ibadahnya, hanya kepada Allah tanpa menyekutui Allah SWT dengan sesuatu makhluk.
·        Mewajibkan dan tugas beribadat sentiasa dituntut hingga sampai menemui Allah , seseorang itu tidak akan terlepas daripada tugas tersebut walaupun jiwanya telah meningkat tinggi & sentiasa dalam perhubungan yang kuat dengan tuhannya.
·        Setiap peribadatan hendaklah berdasarkan keikhlasan yang lahir daripada hati yang redha, sebagaI mengabdikan diri kepada Allah SWT.


PEMBAHAGIAN DAN MATLAMAT IBADAH
Ibadah terbahagi kepada 3 iaitu ibadah asas(fardhu ain) . ibadah fardu kifayah dan ibadah umum.

1.     Ibadah Asas
Ibadah asas ialah ibadat yang merupakan fardu ain yang merangkumi soal-soal aqidah seperti dalam rukun iman yang 6.Ia juga merupakan amalan wajib yang perlu ditunaikan oleh setiap orang muslim seperti yang terkandung dalam rukun islam.

2.     Ibadah Fardu Ain
Bidang ibadat ini menitikberatkan kepada amalan-amalan social dalam masyarakat islam yang merupakan nadi atau saraf yang menghubungkan antara satu sama lain.

3.     Ibadah Umum
Ibadah umum ialah segala kegiatan manusia yang tunduk kepada hukum-hukum dan nilai-nilai agama islam. Segala aktiviti dan amalan manusia dan tugas-tugasnya sehari-hari tergolong dalam istilah ibadah jika ia dilaksakan dengan ikhlas dan jujur.

Syarat-syarat Bagi Sesuatu Amalan (Adat) menjadi ibadah.
Semua pekerjaan kita boleh menjadi ibadah jika dilakukan mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh islam. Ia mesti mengandungi perhubungan dua hala. Iaitu perhubungan kita dengan Allah & perhubungan kita sesama manusia.





Amalan-amalan biasa hanya akan diakui sebagai ibadat jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:
1.   Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui islam , iaitu sesuai dengan hukum-hukum syariat dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersubut.
2.  Amalan-amalan itu dikerjakan dengan niat yang baik & diredaih Allah. Sebagai seseorang muslim amalan tersebut mestilah untuk memelihara kehormatan dirinya, menyenangkan keluarganya, memberi manfaat kepada umatnya dan dapat memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah SWT.
3. Amalan-amalan itu hendaklah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati kehendak-kehendak hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oelh muslim yang bererti: “sesungguhnya Allah mewajibkan kebaikan pada tiap-tiap sesuatu”
4.   Ketika membuat kerja –kerja hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang.


Kesimpulan
Konsep ibadah dalam islam adalah amat luas dan menyeluruh.

Syariah berasal dariapda perkataan syara’a yang bermaksud smber air yang tidak pernah putus dan terus yang tidak pernah putus dan terus mengalir , memulai sesuatu pekerjaan dan juga menjelaskan menerangkan serta menunjukkan jalan.

Dari segi istilah, ia merangkumi kelesuruhan apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasul-Nya nabi Muhammad SAW

Menjelaskan Konsep Akhlak.
·        Akhlak merupakan salah satu pokok ajaran islam.
·        Akhlak islam adalah sesuatu akhlak yang syumul , merangkumi segala aspek kehidupan .

Definisi Akhlak
Akhlak adalah sekumpulan niali-nilai dan sifat-sifat yang sebati di dalam diri seseorang yang mana baik atau buruknya sesuatu akhlak ditentukan menurut piawaian islam yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.





Contoh-contoh akhlak Rasulullah SAW

1.     Seorang yang pemaaf, sabar dan cekal .
2.     Seorang yang sangat zuhud terhadap dunia dan sentiasa cukup dengan apa yang ada.
3.     Seorang yang amat pemurah dan dermawan.
4.     Seorang yang penyayang dan pengasih
5.     Seorang yang berani dan gagah
6.     Seorang yang sangat pemalu dan menundukkan pandangan.
7.     Seorang yang merendah diri.
8.     Seorang yang amanah dan sangat dipercayai.
9.     Seorang yang sangat beradap dan sopan .
10. Seorang yang sangat mengambil berat tentang para sahabatnya.


  Membincangkan implikasi cara hidup islam

  Menjelaskan implikasi cara hidup islam
1)    Melahirkan individu yang baik
2) Menjadikan sesesorang itu lebih tenang dalam mengharungi kehidupan seharian.
3)    Melahirkan individu yang menyintai Allah dan RasulNya
4)    Melahirkan individu yang berani menegakkan kebenaran
5)    Melahirkan individu yang sentiasa mengingati mati
6)  Melahirkan individu yang memiliki aqidah yang sahih akan membebaskan dirinya daripada dikuasai oleh orang lain
7)  Melahirkan individu yang berlapang dada dan memikirkan setiap amalan yang dilalukan adalah baik ataupun sebaliknya

             Menjelaskan implikasi kepada keluarga
1)    Melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni
2)    Menyelesaikan masalah-masalah social seperti lepak,zina,pembuangan bayi
3)    Melahirkan keluarga yang tenang dalam menghadapi kesukaran hidup

  Menjelaskan implikasi kepada masyarakat
1)  Mewujudkan suasana yang aman dalam komuniti kerana ahlinya bertindak mengikut panduan agama dan tidak menurut hawa nafsu.
2)    Melahirkan kesatuan matlamat
3)    Membentuk budaya hidup islam
4)    Mendididk seseorang berlaku jujur
5)    Selamat dari pengaruh kejahatan dan kemaksiatan

Menjelaskan implikasi kepada Negara
1)  Melahirkan wargenagara yang baik dan menyumbang kea rah pembangunan Negara
2)    Mewujudkan suasana yang aman dan tenteram dalam Negara
3)    Islam menjadikan seseorang itu menjadi manusia yang seimbang
4)    Melahirkan pemimpin yang beramanah dan berintegriti

Menerangkan fahaman Sekularisme
1)   Sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan kehidupan dunia dengan agama.

Ciri-ciri Sekularisme
1)    Mengakui kewujudan Allah tetapi menolak hubungan antara keimanan kepada Allah dengan kehidupan manusia.
2)    Ilmu dan aqal adalah lebih utama daripada wahyu.
3)   Material (kebendaan) dan keseronokan hidup (Hedonisme) menjadi matlamat dan keutamaan.
4)  Memisahkan antara agama dan politik serta pembangunan hanya berasaskan kebendaan.
5) Penyebaran fahaman kebebasan berakhlak serta meruntuhkan nilai dalam institusi keluarga dan social.
6)    Penghayatan Islam hanya untuk amalan kerohanian dan ibadah sahaja.
7)  Menyatakan dasar dan pandangan Islam dalam ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan peredaran masa.
8)  Merendahkan tamadun Islam dan membesarkan unsur negatif dalam sejarah umat Islam.
9)    Menyamatarafkan lelaki dan wanita dalam urusan agama.

Kesan dan cabaran Sekularisme terhadap umat Islam masa kini.
Pemikiran-
Ia dapat melemahkan keimanan dan menggoyangkan akidah serta keyakinan terhadap kekuasaan Allah S.W.T. Keraguan terhadap rasul, para malaikat, hari kiamat dan Al-Quran serta pembalasan Qadha dan Qadar menyebabkan keimanan umat Islam semakin rapuh dan terkeliru dengan pendapat aliran-aliran Barat.
              
 Sosial-
 Kedapatan perubatan perwatakan individu dari segi berfikir, bertindak, gaya hidup.

 Politik-
Aliran politik Barat tertanam dalam jiwa umat di negara-negara Islam seperti    fahaman kapitalisme, sosialisme, nasionalisme dan lain-lain.

Ekonomi-
Lahirnya dua bentuk sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sosialis yang bermatlamatkan kekayaan dan material semata-mata tanpa memikirkan halal, haram, keadilan social, perkhidmatan serta kebajikan masyarakat.

 Pendidikan-
Corak sistem pendidikan yang lebih mementingkan hal-hal dunia tanpa mengambil kira kepentingan jiwa dan iman yang diperlukan bagi membentuk akhlak dan moral.

 Perundangan-
Penggantian undang-undang dari undang-undang Islam kepada sistem perundangan Barat menyebabkan dewasa ini umat Islam tanpa segan silu mempertikaikan keadilan perundangan Islam dan mempersendakan golongan yang mengamalkannya.

     Menerangkan fahaman Pluralisme
1)    Pluralisme agama merupakan fahaman yang menyamaratakan semua agama.
2)    Fahaman ini turut didukung oleh sekelompok umat Islam yang dikenali sebagai  penganut ‘Islam Liberal’.
3) Islam Liberal menekankan ciri keterbukaan dan kebebasan dengan mengutamakan akal logik dalam mentafsir ajaran Islam.
4)    Mereka mempertikaikan ilmu-ilmu turath (warisan Islam) sehingga melibatkan Al-Quran dan Al-Hadis.
5)    Mereka menyatakan Al-Quran yang ada sekarang bukan wahyu Tuhan yang asli tetapi ia adalah ciptaan Nabi Muhammad.
6)    Bagi mereka hadis-hadis adalah saling bertentangan sehingga tidak dapat dipastikan kebenarannya.
7)    Mereka mengguna pakai tafsiran ulama-ulama yang telah ditolak oleh jumhur ulama muktabar yang menggunakan disiplin ilmu yang benar.
8)    Islam dianggap sama dengan agama-agama lain adalah terbuka untuk dikritik dan ditinjau kembali.
9)    Pluralisme agama mendakwa semua agama adalah bersifat relatif. Justeru, tidak ada satu agama pun yang berhak mendakwa agamanya adalah benar dan mutlak.
10)Mereka menganggap semua agama mempunyai tujuan yang satu iaitu membawa
      manusia kepada keselamatan di akhirat.
11)Ia amat bercanggah dengan apa yang disebut Al-Quran bahawa Islam adalah
      satu-satunya agama yang benar dan terima di sisi Allah S.W.T.
12)Di Malaysia, gerakan Pluralisme agama belum begitu ketara.
13)Kesimpulannya, Pluralisme agama mencetuskan banyak percanggahan dalam
      syariat Islam.
14)Mereka menganggap tidak ada satu pun aspek syariat Islam yang suci kerana
      menurut mereka syariat adalah hasil ciptaan manusia.

Menerangkan fahaman Liberalisme
1)    Menurut Kamus Dewan, Liberal bermaksud condong kepada kebebasan dan fahaman yang demokratik atau berfahaman bebas.
2)  Ia juga dimaksudkan dengan bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka iaitu tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya.
3)  Fahaman ini membuka seluas-luasnya ruang kepada akal dan nafsu untuk kebebasan mutlak.
4)  Perkataan Liberal ini tidak layak digandingkan dengan Islam. Sedangkan Islam bermaksud taat dan patuh, menyerah diri dan selamat.
5)   Jelas di sini di antara Liberal dan Islam itu sangat berjauhan dan bertentangan sama sekali malah tidak layak digandingkan.
Penyelewengan fahaman Liberalisme Agama

Aspek Akidah-
1)    Berpegang kepada konsep Pluralisme
Konsep Pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran
pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama
mempunyai konsep , persepsi dan respon yang tersendiri terhadap
Realiti Yang Agung (Ultimate Reality). Semua agama adalah sama
Tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.
2)    Akal manusia adalah wahyu
Aliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang
bertulis. Wahyu bertulis adalah Al-Quran dan ia adalah teks
semata-mata. Wahyu tidak  bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks Al-Quran berdasarkan tujuan,
konteks suasana zaman.
3)    Merangui ketulinan Al-Quran
Aliran pemikiran ini mendakwa Al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya
Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah message budaya Arab.  

             Aspek Syariah-
            1)Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran Al-Quran dan Al-Hadith
Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau methodology pentafsiranal-Quran yang digunapakai kini. Dengan slogan “ membuka dan mebebaskan   tafsiran al-Quran “ , aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

            2) Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat.
Aliran pemikiran ini juga berpegang  ‘ membuka dan membebaskan ‘ tafsiran al-Quran sebagai alas an untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.

            3) Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian.
Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasullulah S.A.W. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain.

4)    Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam
Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir ,Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith,al-Jara wa al-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara Ijma ‘diterima sebagai metod dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia

5)    Sikap Terhadap Hukum.
Aliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.

MENERANGKAN FAHAMAN AJARAN SESAT .

Ajaran itu dikatakan sesat apabila ia memenuhi salah satu dari sepuluh.
Ciri-ciri tersebut ialah:
i)                   Mengingkari rukun iman dan rukun Islam.
ii)                 Meyakini atau mengikuti akidah yang tidak sesuai dengan syarak.
iii)               Meyakini turunnya wahyu setelah al-Quran .
iv)               Mengingkari kandungan atau kebenaran al-Quran.
v)                 Melakukan pentafsiran al-Quran tanpa kaedah yang tepat.
vi)               Mengingkari kedudukan hadith Nabi sebagai sumber ajaran Islam.
vii)             Memperlekeh atau merendahkan para Nabi dan Rasul.
viii)          Mengingkari Nabi Muhammad S.A.W senagai Nabi dan Rasul         terakhir.
ix)               Mengubah asas-asas ibadah yang telah ditetapkan syarak.
x)                 Mengkafirkan sesame muslim tanpa dalil syarie.

Gerakan Ajarn Sesat Di Dunia.
Ø Syiah.

Dalam bentuk kata kerja “shayya’a”,bererti menyokong. Ia juga bermaksud ‘menolong dan bergabung’.
Syiah bermaksud mereka yang mendakwa menyokong Saidina Ali dan berpegang bahawa Imam dan Khalifah itu khusus bagi Saidina Ali ,secara adil nas dan melalui wasiat Rasullulah S.A.W , sama ada secara jelas atau sebaliknya. Meraka juga berpegang bahawa Imam itu tidak akan beralih tangan kepada selain daripada anak-anak keturunan Saidina Ali.

Perbezaan antara Syiah Dan Ahlus Sunnah.
Syiah
Ahlus Sunnah
Al-Quran telahpun diselewengka oleh para sahabat r.a.
Al-Quran terpelihara daripada penyelewengan.
Ali lebih hebat daripada Rasulullah S.A.W.
Rasulullah S.A.W lebih hebat daripada sekelian makhluk.
Aishah isteri Rasullulah adalah penzina.
Aishah isteri Rasullulah adalah suci dan merupakan Ibu kepada orang-orang yang beriman (Ummul Mukmini).
Abu Bakar dan Umar adalah penjenayah.
Abu Bakar dan Umar adalah sebaik-baik umat Islam selepas Rasulullah S.A.W dan para nabi dan raul
Mencerca kebanyakkan para Sahabat dan menghukum meraka adalah fasiq dan murtad
Menghormati para Sahabat dan mempercayai meraka dipuji oleh Allah Ta’ala.

          Gerakan Ajaran Sesat Di Malaysia.
1)    Al-Arqam
è Al-Arqam merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasakan oleh Ashaari Muhammad, ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah.
è Gerakan ini telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini .
è Ajaran ini mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang menganggapnya sebagai badan dakwah yang unggul sebelum ia dianggap sesat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.
è Kumpulan ini meyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.
è Pengasaanya , Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 13 mei 2010 akibat jangkitan paru-paru.
è Diantara kepercayaan meraka adalah mempercayai bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaimi yang telah meninggal pada tahun 1925 dinyatakan tidak mati kerana menurut Uztaz Ashaari Sheikh al-Suhaimi adalah Imam Mahdi yang ghaib buat seketika sebelum kembali untuk memimpin Umat Islam.
è Kini kumpulan Al-Arqam ini tidak lagi wujud kerana telah diharamkan.

2)    Ayah Pin
è Ariffin Mohammad 66 tahun atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin
è Merupakan pengasas kepada  “Kerjaan Langit” (Sky Kingdom) dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat.
è Ajaran ini berkampung di Kampung Batu 13 , Hulu Besut ,Terengganu.
è Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” segala agama.

3)Abdul Kahar Bin Ahmad Jalal.
è Abdul Kahar membuat pengakuan terbuka mendakwa dilantik Tuhan sebagai Rasul khusus untuk orang Melayu serta mempunyai syafaat menjamin pengikutnya masuk syurga.
è Pengakuan dalam menyebarkan ilmu salah beliau ialah:
1) Mengaku sebagai “utusan Allah” dan mendakwa sebagai Rasul
2)   Mengaku menerima Wahyu Allah sepertimana Rasul SAW di bukit Kemensah.
3)    Mengatakan bahawa solat 5 waktu adalah tidak wajib
4)    Al-Quran sekarang bukan Al-Quran yang sebenar.
5)  Tidak mempercayai hadis dan mengatakan hadis sekarang hadis rekaan manusia.
6)    Orang Islam tidak perlu menunaikan haji di Mekah dan ianya boleh dibuat dimana-mana.

7)    Mendakwa mempunyai mukjizat dengan tidak ditimpa hujan dan panas

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Info di atas sangat bermanfaat bagi saya seorang pelajar. Oleh itu, untuk kenyataan-kenyataan di atas, boleh saya dapatkan sumber rujukan x? Supaya maklumat yang tertera dapat saya gunakan dalam kajian penyelidikan saya. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. Borgata Hotel Casino & Spa - Mapyro
    Find your way around 이천 출장샵 the 속초 출장안마 casino, find where everything is located with Mapyro. Use 창원 출장샵 the 목포 출장안마 Mapyro to locate restaurants, bars, and other popular attractions. 사천 출장안마

    ReplyDelete